marilah kita berbaik sangka dalam kehidupan harian kita

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada yang sangka baik
Ada yang sangka buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang makan banyak di sangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka menunjuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka mulia
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Manalah tahu
Orang yang diam itu berzikir kepada Allah
Orang yang senyum itu kerana bersedekah
Orang yang masam itu kerana mengenang dosa

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api




Sunday, July 26, 2009

Pengurusan kos bahan

1. Bahan/ bekalan yang dibeli dari sumber luar digunakan untuk menghasilkan keluaran untuk dijual.
2. Bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan langsung dan bahan tidak langsung
3. Bahan mentah harus sedia ada dan diperolehi sebelum pengeluaran. Ia harus dipesan, diterima, disimpan diterbitkan dan dikawal secara berterusan.
4. Kos bahan merangkumi (unsur kos bahan mentah)
(i) Harga invois iaitu harga senarai sesudah ditolak semua diskaun . Ia merupakan kos bahan yang dibeli
(ii) Kos angkutan
(iii) Insurans dan lain-lain caj seperti cukai atas belian
5. Kawalan bahan adalah penting kerana ia memerlukan jumlah pelaburan yang besar dan untung boleh ditingkatkan sekiranya kos bahan dikurangkan. Maka organisasi harus menentukan bahawa bahan dari segi kualiti dan kuantiti yang sebenar dibeli pada masa dan harga yang tepat.
6. Aspek-aspek kawalan bahan
(i) Permintaan bahan
(ii) Pesanan bahan
(iii) Penerimaan bahan
(iv) Penyimpanan bahan
(v) Pengeluaran bahan

Kawalan stok dan Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)
1. Kawalan stok bermula apabila bahan diterima oleh penjaga stor
2. Sistem pengendalian stok yang cekap diwujudkan untuk menentukan bahawa;
a. Stok yang berlebihan tidak disimpan kerana ia bermakna terlalu banyak modal yang terlibat tanpa sebarang sebab dan ini meningkatkan kos simpanan
b. Stok disimpan tidak terlalu sedikit kerana ini akan menyebabkan pengeluaran tergendala disebabkan oleh kekurangan stok
c. Bahan yang dilindungi daripada sebarang kecurian/keusangan kerana ini akan menyebabkan kerugian.
d. Bahan boleh diterima dan dikeluarkan dengan segera agar pengeluaran tidak tergendala.
e. Bahan boleh diperolehi dengan segera ini memerlukan perancangan susun atur yang baik agar sebarang kelewatan didalam pengeluaran tidak akan wujud
f. Bahan mentah dikenalpasti dengan segera ini memerlukan supaya bahan dikelaskan serta dikodkan dengan betul agar bahan yang salah tidak dihantar kepada pengeluaran.
3. Bagi tujuan kawalan stok satu tingkat stok yang minimum akan dikekalkan untuk memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kekurangan stok bahan.
4. Kaedah yang digunakan untuk tujuan penyelenggaraan kawalan stok ialah
(i) Kuantiti pesanan ekonomi
(ii) Tingkat stok
(iii) Teknik ABC mengenai stok
(iv) Pusing ganti stok

Kuantiti Pesanan Ekonomi
1. Kegunaan KPE adalah untuk menentukan kuantiti bahan yang diperlukan dan menentukan masa bila patut dibeli dan memgurangkan kos kepada paras minimum. Ia juga membolehkan kita mencapai satu saiz pesanan yang dapat meminimumkan jumlah kos stok.
2. Terdapat 3 kaedah pengiraan KPE
(i) Kaedah jadual
(ii) Kaedah graf
(iii) Kaedah persamaan.
Graf kuantiti pesanan ekonomi. Dibincang dikelas.

a) KPE adalah titik kos penyimpanan = kos pesanan. Jumlah kos terendah
b) Andaian KPE
i. Permintaan adalah tetap
ii. Kos penyimpanan dan kos pesanan adalah tetap
iii. Harga seunit tetap
iv. Serahan adalah segera

Formula:
1. Kos penyimpana = K/2 X M
2. Kos pesanan = G/K XP
3. Jumlah kos = kos penyimpanan + kos pesanan
4. KPE = /2GP/M
• K = kuantiti dipesan dalam setahun
• k/2 = kuantiti stok purata
• M= kos penyimpanan tahunan seunit bahan
• G= Jumlah kuantiti stok permintaan tahunan
• P= Kos setiap pesanan
• G/P= Bilangan pesanan

Contoh 1:
Mam Bhd terlibat dalam pembuatan bahagian-bahagian motosikal . Maklumat berikut diberi.
Bahan yang digunakan 1800 unit
Kos penyimpanan RM1
Kos pemesanan RM10
Kira KPE, jumlah kos penyimpanan, jumlah kos pesanan dan jumlah kos




Contoh 2
Berikut adalah maklumat berkait dengan inventori bahan syarikat GPN
Harga bahan perunit RM0.50
Kuantiti bahan yang diperlukan setahun 500 unit
Kos pesanan RM0.50 setiap pesanan
Kos penyimpanan 10% atas harga stok

Jawapan contoh dibincang dikelas

TINGKAT STOK
Antara objektif kawalan stok untuk memastikan stok tidak disimpan terlalu tinggi dan rendah.
Soalan: Berikan lima sebab kenapa stok tidak boleh disimpan terlalu tinggi atau rendah.
Graf tinkat stok dibincang dikelas dengan menggumanakan soalan STPM2005
Formula:
Tingkat Pesanan Semula = Penggunaan harian X masa menunggu
Tingkat stok maksimum = TPS – (Pengg min X TPS min) – KPE
Tingkat Stok minimum = TPS – (Penggunaan normal X TPS normal)
Graf tingkat stok dibincang dalam kelas menggunakan soalan STPM2004

TEKNIK ABC
Satu teknik menganalisa nilai stok yang berbeza cthnya ABC agar kawalan lebih ketat diberikan kepada stok yang mempunyai nilai tinggi.

TEKNIK JIT
Kuantiti stok dipegang perniagaan adalah sifar. Sistem pengurusan bermaksud tepat pada masa bermaksud belian atau penerimaan bahan atau brg niaga sebaik shj ia diperlukan atau utk terus dijual.

No comments:

Related Posts with Thumbnails