Kursus penulisan Kreatif dan Artikel sudah lama berlalu. Saya masih lagi seperti dulu. Tiada perubahan. Hari ini saya ingin melangkah setapak lagi, manalah tahu saya mempunyai bakat yang saya sendiri pun memang tak tahu.
Menurut Doktor kalau nak menulis tak perlulah memilih tajuk yang sukar. Mulakan dengan tajuk yang mudah-mudah aje dahulu. Jadi apa yang terlintas di fikiran saya ialah rutin harian saya sebagai seorang yang berkerjaya dan ibu kepada lima orang anak yang sentiasa sibuk.
Saya ingin menulis kenapa saya selalu awal ke sekolah walaupun waktu pagi merupakan waktu kemuncak segala kesibukan..faham-faham aje lah. Saya sentiasa memastikan untuk bertolak dari rumah 15 minit sebelum pukul 7.00pagi. Sebenarnya saya adalah peminat setia program motivasi KLFM yang diterbitkan oleh Tuan Haji Manan Selamat. Program tersebut bermula jam 6.45pagi sehingga 7.00pagi
Setiap hari saya dapat merasakan yang saya memperolehi ilmu baru. Bebanan kesekolah diwaktu pagi sudah tiada lagi. Pagi saya sentiasa dimulakan dengan mendengar cerita-cerita positif dari penceramah bertugas. Saya memang tiada masa untuk keluar menghadiri majlis-majlis ilmu di tempat lain. Saya mengambil peluang yang ada ,mendengar di radio sahaja sambil memandu.
Saya juga tidak perlu tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Tensionkan. Saya juga tidak pernah lewat kesekolah. Tidak perlu diberi amaran. Yang penting ,saya bermula pagi saya dengan sesuatu yang membuatkan saya gembira sepanjang hari. Alangkah bagusnya untuk datang 15 minit lebih awal.
BYE SAS! 020104-040224
2 weeks ago
5 comments:
15 minit awal tu kira ada bayar OT tak??kalau takat SS...boring la...hehehehe...sama je taraf dengan yang lewat 15 nimit.kehkehkehkehkeh :p
wahh.. permulaan yg kreatif nii.. dpt jgk akak tau ada prog kat radio kul 645 am tu .. selama ni tak tau pun..
mana nak kak tau ada prog kat radio kul 6.45am...kan awal 15 minit sebelom kak bangun tu....hehehehe :p
wah.. ade ciri2 penulis dh ni..
lepas ni sy nk buat cerpen jgk la..
5minit lewat.. :P
teruskan berblog
Post a Comment