marilah kita berbaik sangka dalam kehidupan harian kita
Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada yang sangka baik Ada yang sangka buruk Orang yang beribadah disangka riak Orang yang rileks disangka malas Orang yang makan banyak di sangka pelahap Orang yang makan sikit disangka menunjuk Orang yang baik disangka buruk Orang yang buruk disangka mulia Orang yang senyum disangka mengejek Orang yang masam disangka merajuk Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat Orang yang diam disangka menyendiri Manalah tahu Orang yang diam itu berzikir kepada Allah Orang yang senyum itu kerana bersedekah Orang yang masam itu kerana mengenang dosa
Jauhilah sikap suka bersangka-sangka Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah Seperti musnahnya kayu dimakan api
Monday, May 18, 2009
selamat hari guru untuk semua
Jualan hari guru di koperasi SMKTD. Purple Lolly for my lovely teachers. Tengok model-model saya tu...dibayar makan lollypop pun diaorang dah cukup puas hati. Harga RM1.80 je.Kejap je dah habis terjual.Seronok.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud " Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Surah al- Isra:36)
No comments:
Post a Comment