marilah kita berbaik sangka dalam kehidupan harian kita

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada yang sangka baik
Ada yang sangka buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang makan banyak di sangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka menunjuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka mulia
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Manalah tahu
Orang yang diam itu berzikir kepada Allah
Orang yang senyum itu kerana bersedekah
Orang yang masam itu kerana mengenang dosa

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api




Monday, April 23, 2012

AKAUN KAWALAN


BUKU TUNAI




jenis dokumen

BIL TUNAI Bil tunai merupakan satu dokumen yang membuktikan bahawa terdapatnya uruniaga secara tunai atau cek. Bil tunai asal diberikan kepada pembeli manakal penjual merujuk kepada salinan penduanya sebagai catatan jualan barangan secara tunai. BAUCER PEMBAYARAN Baucer pembayaran digunakan untuk mencatatkan pembayaran secara tunai (termasuk cek). Contoh penggunaan baucer pembayaran ialah bayaran gaji, sewa premis belanja membaiki dan lain-lain Baucer gaji Satu dokumen yang sangat penting menunjukkan jumlah pembayaran gaji kepada pekerja dalam bentuk tunai atau cek. IOU Dokumen ini merujuk kepada aku janji hutang atau pinjaman.Ianya perlu ditulis dengan jelas nama, tarikh, jumlah hutang dan sebagainya.
PENGEKOSAN PERKHIDMATAN DEFINISI CONTOH: Kaedah pengumpulan Kos: Kos seunit perkhidmatan = Jumlah kos perkhidmatan Unit-unit perkhidmatan Perbezaan antara pengekosan kerja, pengekosan proses dan pengekosan perkhidmatan Pengekosan Kerja Pengekosan Proses Pengekosan Perkhidmatan Digunakan dalam industri yang mengeluarkan produk mengikut spesifikasi pelanggan Digunakan dalam industri yang mengeluarkan produk yang homogenus secara besar-besaran melalui jabatan atau proses Digunakan untuk menentukan kos bagi perkhidmatan yang dibekalkan Kerja yang memerlukan bahan dan proses yang berbeza Kos setiap jabatan atau proses dikumpulkan dan dicaj kepada volum yang dikeluarkan Kos yang berkaitan dikumpulkan Dan di caj mengikut unit-unit perkhidmatan yang dibekalkan Kos bagi kerja dikumpulkan berasingan melalui dokumen. Contoh: Maklumat – maklumat berikut adalah berkait dengan operasi perkhidmatan bas bagi Syarikat Thaqif Harga belian bas RM50,000 Hayat bas 450,000 kilometer Nilai skrap bas RM5,000 Upah pemandu bas RM1,500 sebulan Belanja pembaikan dan penyelenggaraan RM500 sebulan Insurans,cukai dan lesen bas RM1,000 setahun Kos satu set tayar RM500 Tempoh hayat tayar bas 15,000 kilometer Kos minyak petrol RM1.00 per liter Penggunaan minyak petrol 10 kilometer per liter Jalan pejalan bas sehari 500 kilometer Bilangan penumpang diangkut setiap tahun 15,000 Hitung; i. Jumlah kos perkhidmatan ii. Kos seunit Jawapan: Penyata kos perkhidmatan........................... RM Upah (1500X12) Belanja pembaikan (500X12) Cukai/lesen Tayar (10 set X 500) Petrol( 150,000/10 X 1.00) Susutnilai 18,000 6,000 1,000 5,000 15,000 15,000 Jumlah kos 60,000 Kos perkhidmatan per penumpang/tahun =60,000/15,000 = RM4.00

Monday, June 14, 2010

Orang ikhlas itu tertindas

Seorang kawan telah berkongsi e-mail bersama saya...terima kasih kerana selalu mengingatkan saya dan saya ingin panjangkan cerita ini untuk kebaikan bersama...insyaallah.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Saturday, June 5, 2010

Selamat bercuti...buat guru-guru dan anak-anak didik.


Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Tarikh 16 Mei ni kadang-kadang lebih bermakna dari tarikh hari lahir saya. Memang seronok tapi tahun ni kurang sikit bestnya sebab jatuh pada hari Ahad. Hari guru terpaksa la sambut pada esok hari....

Apa yang bestnya pada hari guru ni bila pelajar-pelajar terutama yang dah berkerjaya masih ingat saya lagi. Ucapan hari guru dari diaorang ni memang menyentuh hati dan perasaan. Pada hari ni juga kawan-kawan guru seperti bersatu bagi ucapan satu sama yang lain.

Esok sambutan hari guru. Pastinya ada yang tengah menjahit manik dan labuci dibaju masing-masing. Hari ni hari kita... ya kami guru Malaysia... Selamat hati guru untuk semua.

Sunday, May 2, 2010

Cara nak hilangkan tension

http://gelihati.blogspot.com/ (boleh click di blog list)


Banyak cara saya nak hilangkan tension selepas penat bekerja. Joging dan workout di gym antara rutian harian. Membaca juga boleh mengurangkan tekanan. Tapi bila malam-malam laman di atas betul-betul dapat membantu........menyeronokkan....u all patut cuba ok

Thursday, April 15, 2010

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Friday, October 9, 2009

MARINA COVE RESORT



Kursus pemantapan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Daerah Kuala langat pada 5-7 Oktober 2009. Kursus bertujuan memantapkan lagi pembinaan item bagi subjek-subjek terpilih selain membalas jasa guru-guru yang telah bekerja keras. Walaupun pengisian agak kelam kabut tetapi sikap positif guru-guru yang hadir telah menjadikan kursus ini bermakna.

Thursday, August 13, 2009

Saat getir

Salam...dah lama tak menulis sebenarnya. Hari ni dapat panggilan kakak. Dia nasihatkan saya tentang pentingnya menjaga kebersihan diri. Suasana sekarang agak membimbangkan, cuaca pun agak tidak menentu. Sekarang ni banyak virus di luar sana...kita tak nampak ..agak nya kalau nampak baru kita takut. Pelajar disekolah pun kurang serius nak menangani semua ni. Kepada pelajar cikgu ,jaga kesihatan dan kebersihan diri. Pakailah penutup muka...walaupun rasa macam perlu...tapi perlu sebenarnya. Mari cuba hindari penyakit ni dengan sungguh-sungguh. Elakkan dari keluar ditempat awam , jangan keluar langsung pun tak apa..duduk rumah baca buku. Sentiasa cuci tangan dengan sabun. Kalau kita dulu malas mandi...sekarang ni balik rumah terus mandi bersih-bersih. Jangan malas lagi. Jaga pemakanan kita...jangan makan ditempat yang terbuka..Orang kat Malaysia ni kekadang ada sikap kurang ajar sikit. Lepas makan terus merokok..minta maaf ye...tak sedar mungkin ada yang sedang semput dek asap rokok dia. Kepada yang bujang-bujang tu belajar masak sendiri dirumah. Jimat kos dan dijamin kebersihannya. Sentiasa layari laman web kementerian kesihatan...buka minda untuk diri. Sebagai orang Islam banyakkan doa agar dihindari segala musibah. Banyakkan makan kurma, madu asli(guna sudu plastik), buah delima, kismis, buah tin dan buah zaitun. Benda-benda ni mempunyai khasiat yang tersendiri.Semuga semua selamat...banyakkan berdoa dan membaca Al-fatihah sekurang-kurangnya.

Sunday, July 26, 2009

Pengurusan kos bahan

1. Bahan/ bekalan yang dibeli dari sumber luar digunakan untuk menghasilkan keluaran untuk dijual.
2. Bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan langsung dan bahan tidak langsung
3. Bahan mentah harus sedia ada dan diperolehi sebelum pengeluaran. Ia harus dipesan, diterima, disimpan diterbitkan dan dikawal secara berterusan.
4. Kos bahan merangkumi (unsur kos bahan mentah)
(i) Harga invois iaitu harga senarai sesudah ditolak semua diskaun . Ia merupakan kos bahan yang dibeli
(ii) Kos angkutan
(iii) Insurans dan lain-lain caj seperti cukai atas belian
5. Kawalan bahan adalah penting kerana ia memerlukan jumlah pelaburan yang besar dan untung boleh ditingkatkan sekiranya kos bahan dikurangkan. Maka organisasi harus menentukan bahawa bahan dari segi kualiti dan kuantiti yang sebenar dibeli pada masa dan harga yang tepat.
6. Aspek-aspek kawalan bahan
(i) Permintaan bahan
(ii) Pesanan bahan
(iii) Penerimaan bahan
(iv) Penyimpanan bahan
(v) Pengeluaran bahan

Kawalan stok dan Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)
1. Kawalan stok bermula apabila bahan diterima oleh penjaga stor
2. Sistem pengendalian stok yang cekap diwujudkan untuk menentukan bahawa;
a. Stok yang berlebihan tidak disimpan kerana ia bermakna terlalu banyak modal yang terlibat tanpa sebarang sebab dan ini meningkatkan kos simpanan
b. Stok disimpan tidak terlalu sedikit kerana ini akan menyebabkan pengeluaran tergendala disebabkan oleh kekurangan stok
c. Bahan yang dilindungi daripada sebarang kecurian/keusangan kerana ini akan menyebabkan kerugian.
d. Bahan boleh diterima dan dikeluarkan dengan segera agar pengeluaran tidak tergendala.
e. Bahan boleh diperolehi dengan segera ini memerlukan perancangan susun atur yang baik agar sebarang kelewatan didalam pengeluaran tidak akan wujud
f. Bahan mentah dikenalpasti dengan segera ini memerlukan supaya bahan dikelaskan serta dikodkan dengan betul agar bahan yang salah tidak dihantar kepada pengeluaran.
3. Bagi tujuan kawalan stok satu tingkat stok yang minimum akan dikekalkan untuk memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kekurangan stok bahan.
4. Kaedah yang digunakan untuk tujuan penyelenggaraan kawalan stok ialah
(i) Kuantiti pesanan ekonomi
(ii) Tingkat stok
(iii) Teknik ABC mengenai stok
(iv) Pusing ganti stok

Kuantiti Pesanan Ekonomi
1. Kegunaan KPE adalah untuk menentukan kuantiti bahan yang diperlukan dan menentukan masa bila patut dibeli dan memgurangkan kos kepada paras minimum. Ia juga membolehkan kita mencapai satu saiz pesanan yang dapat meminimumkan jumlah kos stok.
2. Terdapat 3 kaedah pengiraan KPE
(i) Kaedah jadual
(ii) Kaedah graf
(iii) Kaedah persamaan.
Graf kuantiti pesanan ekonomi. Dibincang dikelas.

a) KPE adalah titik kos penyimpanan = kos pesanan. Jumlah kos terendah
b) Andaian KPE
i. Permintaan adalah tetap
ii. Kos penyimpanan dan kos pesanan adalah tetap
iii. Harga seunit tetap
iv. Serahan adalah segera

Formula:
1. Kos penyimpana = K/2 X M
2. Kos pesanan = G/K XP
3. Jumlah kos = kos penyimpanan + kos pesanan
4. KPE = /2GP/M
• K = kuantiti dipesan dalam setahun
• k/2 = kuantiti stok purata
• M= kos penyimpanan tahunan seunit bahan
• G= Jumlah kuantiti stok permintaan tahunan
• P= Kos setiap pesanan
• G/P= Bilangan pesanan

Contoh 1:
Mam Bhd terlibat dalam pembuatan bahagian-bahagian motosikal . Maklumat berikut diberi.
Bahan yang digunakan 1800 unit
Kos penyimpanan RM1
Kos pemesanan RM10
Kira KPE, jumlah kos penyimpanan, jumlah kos pesanan dan jumlah kos




Contoh 2
Berikut adalah maklumat berkait dengan inventori bahan syarikat GPN
Harga bahan perunit RM0.50
Kuantiti bahan yang diperlukan setahun 500 unit
Kos pesanan RM0.50 setiap pesanan
Kos penyimpanan 10% atas harga stok

Jawapan contoh dibincang dikelas

TINGKAT STOK
Antara objektif kawalan stok untuk memastikan stok tidak disimpan terlalu tinggi dan rendah.
Soalan: Berikan lima sebab kenapa stok tidak boleh disimpan terlalu tinggi atau rendah.
Graf tinkat stok dibincang dikelas dengan menggumanakan soalan STPM2005
Formula:
Tingkat Pesanan Semula = Penggunaan harian X masa menunggu
Tingkat stok maksimum = TPS – (Pengg min X TPS min) – KPE
Tingkat Stok minimum = TPS – (Penggunaan normal X TPS normal)
Graf tingkat stok dibincang dalam kelas menggunakan soalan STPM2004

TEKNIK ABC
Satu teknik menganalisa nilai stok yang berbeza cthnya ABC agar kawalan lebih ketat diberikan kepada stok yang mempunyai nilai tinggi.

TEKNIK JIT
Kuantiti stok dipegang perniagaan adalah sifar. Sistem pengurusan bermaksud tepat pada masa bermaksud belian atau penerimaan bahan atau brg niaga sebaik shj ia diperlukan atau utk terus dijual.

Friday, July 24, 2009

Sekalung kemaafan

Lagi satu bulan kita akan menyambut bulan ramadhan. So..sebelum menyambut bulan baik ni rasanya ingin saya merendahkan diri saya ini serendah-rendahnya dan memohon sekalung kemaafan untuk semua yang mengenali diri saya. Pertama, saya memohon kemaafan buat suami dan halalkan makan minum selama ini. Kalau ada sengaja kasar bahasa tu, betul-betul minta maaf ye. Kedua,Buat keluarga di Pahang dan Di Kg Endah segala kemaafan juga dipohon muga diikatkan tali persaudaraan yang utuh. Ketiga,Buat semua rakan dan taulan andaikata ada bahasa dan perbuatan yang menyinggung perasaan jangan disimpan di dalam hati. Saya keluar bekerja hanya untuk mencari sesuap rezeki yang halal. Tidak terlintas dihati untuk menyakitkan hati sesiapa jua.Keempat, untuk anak-anak jika mama ada mengabaikan tanggungjawab yang diberi. Kelima, untuk pelajar jika teguran cikgu membuatkan pelajar terasa hati tolonglah maafkan. Cikgu hanya cuba ingin menjalankan amanah ,tetapi cikgu juga manusia yang tidak lari dari kesilapan. Cikgu juga belajar setiap hari dari pelajarnya.

Coretan dibawah ni saya dapat dari kawan dan ingin saya kongsikan bersama-sama. Terima kasih untuk yang sudi membaca

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya..
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Monday, July 6, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PADA 4 JULAI 2009

Kematian akan mengejar kemana saja kita berada, ia akan tiba bila-bila masa tanpa diundang tanpa menerima tempoh. Kita disunatkan mengingati mati. Dengan mengingati mati akan timbul rasa kasih sayang sesama manusia, dan perasaan tanggungjawab dan keikhlasan dalam kehidupan kita. Moga kematian kita kelak tergolong dalam kematian yang husnul khatimah.
Dalam sesi pertama kami diberi penerangan secara lisan. Rupa-rupanya banyak perkara khurafat dalam masyarakat kita ni. Kita perlu ada ilmu janganlah cakap sebarangan, yang akan mengaibkan simati dan keluarga.


Sesi kedua adalah sesi amali. Kami diajar cara memandikan dan mengkafankan jenazah. Orang yang memandikan jenazah perlulah seorang yang betul-betul amanah. Semasa memandikan jenazah janganlah ada antara kita yang tidak berkenaan mengintai-intai ye…


Kami juga diberitahu tanda-tanda seseorang itu sedang nazak. Insyaallah saya pun dah tahu serba sedikit apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian. Yang penting kita ni hidup bermasyarakat. Jangan lah kita terlalu meninggi diri. Kelak kalau kita mati kita memerlukan orang dikeliling kita.


Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Agama Islam dan Unit Perkembangan Staf yang menganjurkan kursus ini. Ilmu saya begitu cetek sekali, dengan adanya kursus ini memberi sedikit kesedaran pada saya. Terima kasih juga pada Ustaz Nasir bin Miskam penceramah pada hari tersebut.

Tuesday, June 16, 2009

Kursus renang

Cuti sekolah yang lepas kami cikgu-cikgu yang merupakan ibu penyayang ni telah menghantar anak ke kursus renang di kelab renang sri morib. Kursus renang ini berlangsung selama 2 hari dari jam 8.30 hingga 12.30. Tenaga pengajarnya dari kolej komuniti iaitu cikgu Shafiee bin Hassan dan cikgu Faizul. Peserta pula terdiri dari anak saya, anak cikgu Haliza, anak cikgu Norliza J dan anak cikgu Siti Faizah.

hari pertama peserta di ajar mengapungkan diri. Wah seronok bukan main. Sementara menunggu anak ibu-ibu penyayang ni pula menjalan aktivi masing-masing. Kami membawa banyak makanan, kak siti faizah siap membawa milo untuk dibancuh lagi...sayang anak



Pada hari kedua anak saya yang dua ni tak jadi peserta lagi. Tak cukup ketinggian nak masuk kolam yang lebih dalam. Tak dapat lah sijil diaorang ni. Sungguh mengejutkan dihari kedua semua peserta sudah boleh mengapungkan diri dan berenang. Kami ibu-ibu ni bertambah lah gembiranya.Cikgu diorang pun sangat baik dan pandai mengambil hati peserta kecil ni.




Terima kasih Cikgu Shafiee dan cikgu Faizul...seronok sungguh peserta kecil ni . Seminggu diorang bercerita tentang kursus ni. Untuk 2 hari peserta dikenakan bayaran RM10.00. Murahnya.

Thursday, May 28, 2009

15 minit lebih awal..alangkah baiknya

Kursus penulisan Kreatif dan Artikel sudah lama berlalu. Saya masih lagi seperti dulu. Tiada perubahan. Hari ini saya ingin melangkah setapak lagi, manalah tahu saya mempunyai bakat yang saya sendiri pun memang tak tahu.
Menurut Doktor kalau nak menulis tak perlulah memilih tajuk yang sukar. Mulakan dengan tajuk yang mudah-mudah aje dahulu. Jadi apa yang terlintas di fikiran saya ialah rutin harian saya sebagai seorang yang berkerjaya dan ibu kepada lima orang anak yang sentiasa sibuk.

Saya ingin menulis kenapa saya selalu awal ke sekolah walaupun waktu pagi merupakan waktu kemuncak segala kesibukan..faham-faham aje lah. Saya sentiasa memastikan untuk bertolak dari rumah 15 minit sebelum pukul 7.00pagi. Sebenarnya saya adalah peminat setia program motivasi KLFM yang diterbitkan oleh Tuan Haji Manan Selamat. Program tersebut bermula jam 6.45pagi sehingga 7.00pagi

Setiap hari saya dapat merasakan yang saya memperolehi ilmu baru. Bebanan kesekolah diwaktu pagi sudah tiada lagi. Pagi saya sentiasa dimulakan dengan mendengar cerita-cerita positif dari penceramah bertugas. Saya memang tiada masa untuk keluar menghadiri majlis-majlis ilmu di tempat lain. Saya mengambil peluang yang ada ,mendengar di radio sahaja sambil memandu.

Saya juga tidak perlu tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Tensionkan. Saya juga tidak pernah lewat kesekolah. Tidak perlu diberi amaran. Yang penting ,saya bermula pagi saya dengan sesuatu yang membuatkan saya gembira sepanjang hari. Alangkah bagusnya untuk datang 15 minit lebih awal.

Monday, May 25, 2009

The Ultimate Facts

Men:


1. All men are extremely busy.


2. Although they are so busy, they still have time for women.


3. Although they have time for women, they don't really care for them.


4. Although they don't really care for them, they always have one around.


5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.


6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the woman leaves them.


7. Although the woman leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.



Women:


1. The most important thing for a woman is financial security.


2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.


3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.


4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.


5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "an old rag".


6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.


7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.

Anakku sayang

Hari nak pergi sekolah sedih betul. Muhammad Thaqif ni tengah demam tak baik lagi. Malam tadi asyik merengak aje. Panas agak nya. Balik sekolah ni kena bawa pergi klinik lah. Harap-harap sembuh cepat lah. Cuaca sekarang ni panas. Kena minum banyak air. Jaga kesihatan, banyak virus sekarang ni.



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, May 22, 2009

short jokes

1.
girl: Will you love me after marriage also?

boy: This depends on your husband, if he allows me.

~~~~~~
2.
Doctor: your husband needs rest and peace. Here are some sleeping pills.

Wife: When must I give them to him?

Doctor: They are for you.

~~~~~~
3.
God saw me hungry, he created pizza. He saw me thirsty, he created pepsi.
He saw me in dark, he created light. He saw me without problems, he created
YOU.

~~~~~~

4.
One Early morning a mother went to her sleeping son and woke him up.
MOM : "Wake up, son. It's time to go to school."
SON : "But why, Mama? I don't want to go to school."
MOM : "Give me two reasons why you don't want to go to school."
SON : "One, all the chilldren hate me. Two, all the teachers hate me."
MOM : "Oh! that's not a reason. Come on, you have to go to school."
SON : "Give me two good reasons WHY I *should* go to school?"
MOM : "One, you are FIFTY-TWO years old and should understand
your responsibilities. Two, you are the PRINCIPAL of the school.

~~~~~~
5.
What are the three fastest ways of communication? Three fastest means
of communication in the world. Tele-phone Tele-vision Tell-a-woman. You
still want faster? Tell her not to tell anyone :)

~~~~~~
6.
A man is dying of Cancer. His son asked him, "Dad, why do u keep telling
people u're dying of AIDS?" Answer: "So when I'm dead no one will dare
touch ur mom!"






Related Posts with Thumbnails