marilah kita berbaik sangka dalam kehidupan harian kita

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada yang sangka baik
Ada yang sangka buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang makan banyak di sangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka menunjuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka mulia
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Manalah tahu
Orang yang diam itu berzikir kepada Allah
Orang yang senyum itu kerana bersedekah
Orang yang masam itu kerana mengenang dosa

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api




Friday, September 26, 2008

Tajuk kawalan dalaman merupakan tajuk penting dalam perakaunan K2. Unsur, ciri-ciri kawalan dalaman perlu diberi dengan tepat berserta contoh yang sesuai.
KAWALAN DALAMAN

DEFINISI.
Rancangan organisasi dan semua kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur yang diikuti oleh pihak pengurusan dalam sesebuah perniagaan bagi memastikan aktiviti-aktiviti organisasi berjalan dengan lancer untuk mencapai objektif organisasi.


OBJEKTIF KAWALAN DALAMAN
1 . Menjaga keselamatan aset supaya tidak berlaku penyelewengan, kerosakan atau kecurian yang mana akan menyebabkan kerugian pada syarikat
2. Supaya operasi perniagaan boleh dijalankan mengikut prosedur yang teratur, mematuhi arahan pengurusan dilaksanakan.
3. Meningkatkan kecekapan operasi
4.Memastikan rekod-rekod perakaunan tepat dan boleh dipercayai.

Ciri-ciri/unsur kawalan dalaman yang berkesan

Kawalan fizikal aset
Dokumentasi
Pengasingan tugas
Penetapan tanggungjawab
Giliran tugas
Pengesahan dalaman

Langkah atau contoh
Unsur kawalan
Contoh
Kawalan fizikal
aset
Pengawal keselamatan diupah
wang tunai dibank setiap hari, disimpan dipeti besi
CCTV
Pengasingan tugas
Pekerja yang membuka cek/penerima cek berasingan dari yang merekod
Seoarng tidak boleh membuat kerja yang berlainan

3. Pendokumenan
1. Ada nombor dokumen bersiri sebagai bukti
4.Penetapan tanggung jawab
1. Harus ditentukan dengan jelas segala tugasan
2. Carta organisasi atau fail meja
5. Pusingan tugas
1. Seoang pekerja tidak boleh melakukan tugas yang sama pada masa yang panjang.
2. Perlu diberi cuti , tugasnya diserahkan kepada orang lain untuk penyemakan
Pusingan tugas,
Pengesahan /
kelulusan
Tandatangan / cop
pembayaran/belian perlu ada kelulusan pihak yang berautoriti

No comments:

Related Posts with Thumbnails