- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.
ELEMEN KOS PENGELUARAN
1. Kos bahan mentah
o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah
o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.
2. Kos buruh langsung
o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.
3. Belanja Langsung
o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.
4. Kos Prima
o Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.
5. Kos Overhed
o Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).
o Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.
o Contoh;
a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.
b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.
c. Sewa kilang.
d. Sewa loji dan mesin.
e. Susut nilai loji dan mesin.
f. Insurans kilang.
g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.
h. Alat-alat kecil – perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).
6. Kerja Dalam Proses
o Atau dikenali disebagai barang separuh siap.
o Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.
o Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.
o Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.
KOS PENGELUARAN = KOS PRIMA + KOS OVERHED
KOS PRIMA = KOS BAHAN MENTAH + KOS BURUH LANGSUNG + BELANJA LANGSUNG
KOS OVERHED = KOS BURUH TAK LANGSUNG + BELANJA TAK LANGSUNG
KOS PENGELUARAN BARANG SIAP = KOS PENGELUARAN + KERJA DALAM PROSES AWAL – KERJA DALAM PROSES AKHIR.
2 comments:
salam..
cikgu..saya nk tnye pasal akaun...saya jalankan bisnes servis iaitu pengangkutan lori..jadi saye ade kos seperti minyak,gaji driver n maintenance untuk lory...kos2 berkenaan hendak rekod bagaimana?kalo tiada masalah,boleh tak cikgu email segala keraguan saya di email saya zariousa@yahoo.com A.S.A.P
saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.
Post a Comment