marilah kita berbaik sangka dalam kehidupan harian kita

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada yang sangka baik
Ada yang sangka buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang makan banyak di sangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka menunjuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka mulia
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Manalah tahu
Orang yang diam itu berzikir kepada Allah
Orang yang senyum itu kerana bersedekah
Orang yang masam itu kerana mengenang dosa

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api




Thursday, May 28, 2009

15 minit lebih awal..alangkah baiknya

Kursus penulisan Kreatif dan Artikel sudah lama berlalu. Saya masih lagi seperti dulu. Tiada perubahan. Hari ini saya ingin melangkah setapak lagi, manalah tahu saya mempunyai bakat yang saya sendiri pun memang tak tahu.
Menurut Doktor kalau nak menulis tak perlulah memilih tajuk yang sukar. Mulakan dengan tajuk yang mudah-mudah aje dahulu. Jadi apa yang terlintas di fikiran saya ialah rutin harian saya sebagai seorang yang berkerjaya dan ibu kepada lima orang anak yang sentiasa sibuk.

Saya ingin menulis kenapa saya selalu awal ke sekolah walaupun waktu pagi merupakan waktu kemuncak segala kesibukan..faham-faham aje lah. Saya sentiasa memastikan untuk bertolak dari rumah 15 minit sebelum pukul 7.00pagi. Sebenarnya saya adalah peminat setia program motivasi KLFM yang diterbitkan oleh Tuan Haji Manan Selamat. Program tersebut bermula jam 6.45pagi sehingga 7.00pagi

Setiap hari saya dapat merasakan yang saya memperolehi ilmu baru. Bebanan kesekolah diwaktu pagi sudah tiada lagi. Pagi saya sentiasa dimulakan dengan mendengar cerita-cerita positif dari penceramah bertugas. Saya memang tiada masa untuk keluar menghadiri majlis-majlis ilmu di tempat lain. Saya mengambil peluang yang ada ,mendengar di radio sahaja sambil memandu.

Saya juga tidak perlu tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Tensionkan. Saya juga tidak pernah lewat kesekolah. Tidak perlu diberi amaran. Yang penting ,saya bermula pagi saya dengan sesuatu yang membuatkan saya gembira sepanjang hari. Alangkah bagusnya untuk datang 15 minit lebih awal.

Monday, May 25, 2009

The Ultimate Facts

Men:


1. All men are extremely busy.


2. Although they are so busy, they still have time for women.


3. Although they have time for women, they don't really care for them.


4. Although they don't really care for them, they always have one around.


5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.


6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the woman leaves them.


7. Although the woman leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.



Women:


1. The most important thing for a woman is financial security.


2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.


3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.


4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.


5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "an old rag".


6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.


7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.

Anakku sayang

Hari nak pergi sekolah sedih betul. Muhammad Thaqif ni tengah demam tak baik lagi. Malam tadi asyik merengak aje. Panas agak nya. Balik sekolah ni kena bawa pergi klinik lah. Harap-harap sembuh cepat lah. Cuaca sekarang ni panas. Kena minum banyak air. Jaga kesihatan, banyak virus sekarang ni.



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, May 22, 2009

short jokes

1.
girl: Will you love me after marriage also?

boy: This depends on your husband, if he allows me.

~~~~~~
2.
Doctor: your husband needs rest and peace. Here are some sleeping pills.

Wife: When must I give them to him?

Doctor: They are for you.

~~~~~~
3.
God saw me hungry, he created pizza. He saw me thirsty, he created pepsi.
He saw me in dark, he created light. He saw me without problems, he created
YOU.

~~~~~~

4.
One Early morning a mother went to her sleeping son and woke him up.
MOM : "Wake up, son. It's time to go to school."
SON : "But why, Mama? I don't want to go to school."
MOM : "Give me two reasons why you don't want to go to school."
SON : "One, all the chilldren hate me. Two, all the teachers hate me."
MOM : "Oh! that's not a reason. Come on, you have to go to school."
SON : "Give me two good reasons WHY I *should* go to school?"
MOM : "One, you are FIFTY-TWO years old and should understand
your responsibilities. Two, you are the PRINCIPAL of the school.

~~~~~~
5.
What are the three fastest ways of communication? Three fastest means
of communication in the world. Tele-phone Tele-vision Tell-a-woman. You
still want faster? Tell her not to tell anyone :)

~~~~~~
6.
A man is dying of Cancer. His son asked him, "Dad, why do u keep telling
people u're dying of AIDS?" Answer: "So when I'm dead no one will dare
touch ur mom!"






Wednesday, May 20, 2009

stpm 2007

Pelajar ni kalau jawap soalan malas betul nak buat jalan kerja. careless pulak tu..kekadang rasa geram dah ajar banyak kali pun tak mahu berubah langsung....tolongla buat latihan rajin sikit..kemaskini nota. Nak jawab soalan tu biarla nampak cerdik sikit.


i) 200,000 + 26,500 – 15,200 = 211,300 1.5M
ii) 211,000(of) +(4*3*1500) = 229,300 2.0 M
iii) (4*3*1500) (of) +15600+3500+(3*1000)+3200=43300 2.5M
iv)(i)+(iii) /ii +o/h /bhn+buruh+o/h = 254600 1.0M
v) 435,200 – (iv) = 180600 1.0M

b) Membuat perancangan, mengawal kos operasi dan membuat keputusan berhubung dengan penetapan harga perkhidmatan/penilaian prestasi, pilihan bahan, pengambilan pekerja, membuat keputusan dan lain-lain.

(mana-mana dua dengan huraian:2 markah)

c)
(i) mengunakan dokumen untuk merekod maklumat mengenai kerja, bahan dan kos yang dicaj. (Pendokmenan) Pekerja perlu menyatakan semua bahan dan kerja yang dibuat secara jujur.

(ii) Mengarahkan kerani mengawal stok bahan supaya bahan yang diguna dan direkod. (Sekatan fizikal) Pekerja tidak boleh mengambil bahan untuk sesuatu kerja tanpa merekodnya pada dokumen.

(iii)Kerani menulis harga bahan dan upah yang dicaj kepada pelanggan. (Pengasingan tugas) Harga yang di caj kepada pelanggan lebih tepat dan adil. Tidak terlebih atau terurang caj.

(Bagi setiap jawapan, cadangan langkah, huraian tatacara dan unsur kawalan penjelasan bagaimana kawalan dalaman diperbaiki dengan langkah tersebut, masing-masing 1 markah. (Jumlah = 9M)

d)
Bil Kebaikan
1 Pengurusan bahan meningkat
2 Penyimpanan rekod bertambah baik
3 Pengurusan data lebih mudah
4. Kos pengurusan maklumat menurun
5. Ketepatan maklumat meningkat
6 Nama baik syarikat meningkat

Monday, May 18, 2009

selamat hari guru untuk semua

Jualan hari guru di koperasi SMKTD. Purple Lolly for my lovely teachers. Tengok model-model saya tu...dibayar makan lollypop pun diaorang dah cukup puas hati. Harga RM1.80 je.Kejap je dah habis terjual.Seronok.







Wednesday, May 13, 2009

JENIS-JENIS KOS

KONSEP KOS

- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.

- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

1. Kos Tetap

- Atau disebut sebagai kos malar.

- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.

- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.

- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.

- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).

- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.

2. Kos Berubah

- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.

- Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.

ELEMEN KOS PENGELUARAN

1. Kos bahan mentah

o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.

o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah

o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.

2. Kos buruh langsung

o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.

o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.

3. Belanja Langsung

o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.

o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

4. Kos Prima

o Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.

5. Kos Overhed

o Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).

o Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.

o Contoh;

a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.

b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.

c. Sewa kilang.

d. Sewa loji dan mesin.

e. Susut nilai loji dan mesin.

f. Insurans kilang.

g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.

h. Alat-alat kecil – perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).

6. Kerja Dalam Proses

o Atau dikenali disebagai barang separuh siap.

o Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.

o Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.

o Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.

KOS PENGELUARAN = KOS PRIMA + KOS OVERHED

KOS PRIMA = KOS BAHAN MENTAH + KOS BURUH LANGSUNG + BELANJA LANGSUNG

KOS OVERHED = KOS BURUH TAK LANGSUNG + BELANJA TAK LANGSUNG

KOS PENGELUARAN BARANG SIAP = KOS PENGELUARAN + KERJA DALAM PROSES AWAL – KERJA DALAM PROSES AKHIR.


Related Posts with Thumbnails